Biasanya bila disebut tentang muzik, ianya lebih banyak dikaitkan dengan anak-anak muda. Tapi ini tidak bermakna orang-orang tua tak minat langsung mendengar muzik atau mengikuti perkembangan dunia muzik sama sekali!
Anak-anak muda yang meminati muzik pula berbagai kategori. Ada yang lebih senang menikmati lagu-lagu yang muziknya sentimental dan mendayu-dayu. Pokoknya, bila mendengar irama yang begini, hati dibuai rindu! Malah ada yang mengalirkan air mata bila mendengar lagu-lagu yang mempunyai cerita di sebaliknya. Maka golongan inilah yang dinamakan Mat Jiwa-jiwa dan Minah Jiwa-jiwa. Biasanya golongan begini sedang diamuk cinta dan lagu-lagu berirama sentimental cepat menyentuh perasaan. Maka inilah dia golongan yang meminati lagu-lagu berirama pop termasuk dangdut. Sekiranya ada pertunjukan yang menampilkan penyanyi-penyanyi seperti Sudirman, Noorkumalasari, Sharifah Aini, Noreen Noor, Fauziah Ahmad Daud, Jamal Abdillah dan ramai lagi artis-artis pop, maka golongan di ataslah penonton utamanya. Biasanya golongan ini tidak terlalu 'menggila' bila menonton pertunjukan pop kalau dibandingkan mereka yang menyaksikan pertunjukan rock!
Paling tidak, kalau penyanyi pujaan mereka muncul dengan lagu kegemaran mereka, maka mereka naik ke pentas menghulurkan sekuntum mawar merah atau cukup sekadar bersalam. Tepukan silih-berganti dan kalau penyanyi lincah seperti Ogy, Noreen atau Sudir menyampaikan lagu 'hot', mereka mengambil masa juga untuk naik ke pentas menari bersama. Bagi yang ingin mencari ketenangan jiwa, maka pertunjukan pop adalah sesuai. Anda dinasihatkan jangan sama sekali mencari kedamaian hati dengan menyaksikan 'rock show'!
Paling ketara, muziknya kuat bagaikan nak pecah anak telinga! Alat-alat muzik semuanya heavy metal dan suara penyanyinya tenggelam dek muzik yang kuat. Showmanship penyanyi dan pemain muzik benar-benar bagaikan dirasuk. Melonjak, melompat, menggeliat, menjerit dan macam-macam gaya yang membuat mata anak muda terbeliak!
Pokoknya mata yang mengantuk terus celik. Bagi yang memang kaki rock, hai! hai! hai! Memang tak senang duduklah. Kaki sentiasa bergoyang, tangan turut melambai, malah kalau yang dah terlalu menggila sangat tu, terus melompat ke pentas dan menari bersama si penyanyi.
Kita boleh kenal dengan golongan yang meminati muzik rock dari segi pakaian dan juga rambut. Mereka bukanlah golongan Mat Smart, tapi cukup selesa dengan jeans lusuh, Kemeja-T yang terpampang bermacam-macam gambar kumpulan rock dengan perkataan yang 'bergegar' serta fesyen rambut yang kusut masai dan terjuntai sedikit di hadapannya.
Kumpulan muzik rock tanahair yang kini mendapat tempat di hati peminat-peminat rock terdiri dari Search, Lefthanded, Sweet Charity, Blues Gang, Headwind, Kumpulan SYJ dan beberapa kumpulan lagi. Penyanyi rock yang diminati masa kini pula terdiri dari Ramli Sarip, Ito Mohammad, Amy, Amir dan beberapa orang lagi. Mereka digelar 'Rocker'!
Bagi anda yang berjiwa sentimental, anda tidak akan senang melihat telatah dan gelagat 'kutu-kutu rock'. Mereka menjerit sekuat hati dan tidak mempedulikan langsung keadaan sekeliling. Mereka mabuk dengan irama rock yang bingit dan sekira si penyanyi membawa lagu yang kurang dengan irama rock, maka mereka akan menjerit: "We want rock! We want rock!"
Monday, April 11, 2011
Ape Itu Muzik Rock
Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, pasaran bagi rakaman dan artis tempatan and artiste amat besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan pemuzik yang sering bermain dalam kelab dan pab kepada kontrak rakaman. ketika inilah masanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan berkaum Melayu menjelajahi industri muzik Melayu. Kumpualn-kumpulan seperti Alleycats,Discovery, Carefree dan Chendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia; manakala penyanyi solo seperti Sudirman dan Sharifah Aini membantu industri mencapai kegemilangan.
Sebelum pertengahan 1980-an munculnya satu lagi genre muzik, iaitu slow rock, heavy metal, hard rock dan blues. Kumpulan masyhur dari Barat seperti Scorpions, Led Zeppelin, Deep Purple, Def Leppard antara pengaruh bagi kugiran rock Malaysia.
M. Nasir dan JS Kevin memainkan peranan penting dalam membentuk muzik rock di Malaysia sebgai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Beliau menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan seperti Search dan Wings lalu memacu mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejala cetak rompak dalam bentuk menyalin kaset dan cakera padat menjadi meluas dan sukar terkawal ketika itu kerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara.
Sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an, R&B dan muzik pop menjadi tumpuan pemuda di kota. Muzik ini berunsur kosmopolitan dan ditujukan kepada gologan profesional danberpendidikan. Penyanyi pujaan ramai seperti Sheila Majid serta penerbit terkemuka seperti Mac Chew dan Jenny Chin yang dipengaruhi R&B, fusion dan jazz mencapai impian mereka dan menyediakan haluan baru untuk ramai lagi artis R&B Malaysia akan datang. Pada pertengahan 1990-an, kumpulan KRU, sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada tiga orang adik-beradik membangunkan rap dan hip-hop Melayu
Perubahan Citarasa Muzik

Muzik Pop
Persada muzik pop Malaysia berkembang dari muzik asli tradisional yang dipopularkan pada pada 1920-an dan 1930-an oleh rombongan Bangsawan, yang sebenarnya merupakan sejenis opera Malaysia yang dipengaruhi opera India yang mula-mulanya dikenali sebagai Wayang Pasir (Parsi) yang dimulakan oleh orang Parsi kaya-raya yang menetap di India. Rombongan ini memainkan ceritera dari pelbagai golongan budaya seperti orang India, Barat, Islam, Cina, Indonesia dan Melayu. Muzik, tarian, lakonan berkostum yang digunakan dalam persembahan bergantung kepada ceritera yang disampaikan. Pemuzik-pemuzik dalam rombongan ini kebanyakannya orang Melayu tempatan, orang Filipina dan orang Goa yang berasal dari India.
Antara lagu-lagu pop Melayu yang terawal ialah Tudung Periok yang dinyanyikan oleh Momo Latif yang merakamkan lagu itu pada tahun 1930. Pada 1950-an P.Ramlee menjadi penyanyi dan komposer Melayu paling popular dengan sebarian balada perlahan seperti Azizah, Dendang Perantau dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti yang amat diingati ramai.
Music In Malaysia
A lack of documentation has resulted in little being definitely known in concrete terms about Malaysian history prior to the 15th century other than that, like surrounding areas, Hinduism was a dominant influence on the locals, being brought to the region by traders from India. Chinese sources also record early contact between traders from China and the Malay peninsula. Straits Settlement Chinese or the Peranakan arose from this period.
With the conversion of the Malay prince Parameswara to Islam in 1410 and his founding of the Sultanate of Melaka, Islam spread rapidly throughout the region as Melaka expanded her territories. In 1511, the Portuguese successfully conquered Melaka only to be be faced with constant battles with neighbouring Malay states until they too were conquered in turn, this time by the Dutch in 1641. The Dutch succeeded in holding on to Melaka and some parts of Johor until 1824 when the British arrived to buy over portions of the peninsula. Up until this time, the northern Malay states were predominantly under Thai control. These were eventually bought over by the British in 1909, as were territories in present day East Malaysia from various Europeans who had gained them as gifts from the Sultans of Brunei and Sulu in the 19th century bought over in 1882 by the British North Borneo (Chartered) Company. (Milne 1994).
The mid 19th- to the mid 20th- centuries saw the influx of a large number of immigrants from China and India, encouraged by the British to man the growing tin and rubber industries. By the mid 1940s, the population of the Malay states was about 50% Malay, 37% Chinese and 12% Indian, with deep division between the groups resulting from religious, linguistic and cultural differences.(Chong 1985).
The hallmarks of a plural society (Furnival 1939) were thus firmly entrenched, and the diversity of music in the country as described by Rahmah Bujang (1987) and the Information Malaysia 1994 YearBook (1994) can be seen to be a mere reflection of this state of events.
History Music
Music history, sometimes called historical musicology, is the highly diverse subfield of the broader discipline of musicology that studies the composition, performance, reception, and criticism of music over time. Historical studies of music are for example concerned with a composer's life and works, the developments of styles and genres (such as baroque concertos), the social function of music for a particular group of people (such as music at the court), or the modes of performance at a particular place and time (such as the performance forces of Johann Sebastian Bach's choir in Leipzig).
In theory, "music history" could refer to the study of the history of any type or genre of music (e.g., the history of Indian music or the history ofrock). In practice, these research topics are nearly always categorized as part of ethnomusicology or cultural studies, whether or not they areethnographically based.
The methods of music history include source studies (esp. manuscript studies), paleography, philology (especially textual criticism), style criticism, historiography (the choice of historical method), musical analysis, and iconography. The application of musical analysis to further these goals is often a part of music history, though pure analysis or the development of new tools of music analysis is more likely to be seen in the field of music theory. (For a more detailed discussion of the methods see the section on "Research in Music History" below) Some of the intellectual products of music historians include editions of musical works, biography of composers and other musicians, studies of the relationship between words and music, and the reflections upon the place of music in society.
Subscribe to:
Posts (Atom)